Suatu hari Mrs Marek memanggil saya.
" Apa khabar Mr. Saman, bulan depan ada seminar dan pameran International Online Information Meeting (IOLIM) di London selama dua minggu. Saya berpendapat ianya sangat bagus untuk pengalaman kerjaya awak. Tetapi IAEA tiada peruntukan untuk awak ke sana. Namun sekiranya awak berminat, saya akan membuat proposal dan cuba memohon peruntukan. Biasanya IAEA boleh berunding."
" Sudah tentu saya amat berminat puan. Sekeurang-kurang saya mendapat beberpa lagi siri pendedahan berguna seperti kata puan itu "
"Baik lah. Saya akan memohon peruntukan. Saya harap ia berhasil"
Terima kasih puan"
Benar seperti kata Puan Marek. Seminggu kemudian saya mendapat panggilan talipon'
" Mr. Saman, permohonan kita diluluskan. Awak boleh bersedia untuk kesana bersama pasukan kita dengan kapalterbang. Sila maklum di pejabat dan dapatkan butir butir berkaitan"
Seperti dirancang, saya menyertai kumpulan promosi dan pameran institut itu ke London. Negara penjajah yang bertanggungjawab mewarnai pola kehidupan masyarakat dan bangsa saya di Malaysia. Bahkan di beberapa negara jajahan mereka lainnya di dunia.
Pertama kali terbang di ruang angkasa London, saya melihat Heathrow adalah lapangan terbang paling sibuk di dunia. Pesawat tidak boleh terus mendarat dan terpaksa membuat pusingan menunggu giliran. Dapat saya lihat dengan jelas beberapa pesawat sedang mengelilingi ruang angkasa sebelum mendarat.
Tiba di check point sebelum memasuki dewan ketibaan saya terpaksa dipisah dari kumpulan kerana sistem mereka mengasingkan warga EU dengan warga asing. Apabila tiba giliran saya dan pegawai imigeren membelek belek paspot dan dokumen lain, saya sudah rasa masalah akan timbul. Setelah beberapa ketika dia mengarahkan saya ke satu lane lain di sebelah kanan sambil berkata :-
" Tapisan Keselamatan Khas"
Di lorong tapisan khas, saya megambil masa yang lama sehingga rakan rakan Jerman terpaksa datang dan campurtangan. Selepas itu baharu lah semuanya beres.
" Ini kerana kamu memasuki London melalui Eropah. Kalau terus dari Malaysia mungkin tiada masalah" kata seorang rakan saya.
" Kenapa pulak"tanya saya.
" Kebanyakan orang asing dari Eropah adalah orang Arab. Nama dan imej kamu pulak seperti orang Arab. Mereka biasanya amat curiga dan lebih berwaspada."
Saya tidak lagi berkata kata. Tidak lama lepas itu sebuah teksi tiba dan membawa kami memasuki kotaraya London yang amat masyhur itu menuju Hotel Kensington Palace.
Bagaikan rusa masuk kampung, saya akhirnya dapat juga menyedut udara London yang sering diperkatakan orang. Sekurang-kurang dapat mengubat kekecewaan saya kerana gagal mendapat biasiswa menyambung pelajaran ke sini dalam tahun tahun akhir 80 an kerana bidang pengajian media bukan keutamaan untuk pembangunan negara mengikut dasar pemerintah ketika itu.
No comments:
Post a Comment