Friday, 23 September 2011

MANUSIA LONDON

Kensington Road jalan yang meriah. Barangkali seperti Chow Kit Road. Saya meronda di celah celahnya seorang diri. Kemudian saya singgah disebuah kedai buku milik seorang Pakistan,
" Dari malaysia ? tanya nya
"ya" jawab saya.
" Baru sampai sini"
" ya"
" Kalau mahu makan berhati hati. Kebanyakan kedai makan disini milik orang Islam tetapi makanan nya tidak halal!"
Saya terkejut. Kenapa begitu. Kenapa dia mencerita begitu kepada saya sedang saya tidak bertanya pun.
" Saya tahu awak seorang Muslim yang baik (religious people )" sambungnya
"mana awak tahu" balas saya
"ha ha ha.." dia ketawa.
"kalau awak hendak makan, awak kena pilih restoran. Ini dua tiga restoran yang saya jamin makananya halal" kata dia sambil mengambil sekeping kertas dan menulis nama nama restoran tersebut.
" OOOooo..terima kasih.."
Saya ambil kertas itu dan masukkan dalam jaket. Tidak perlu pun kerana saya tidak bercadang untuk makan. Dalam musafir elok kurangkan makan. Jimat perbelanjaan.
Bandaraya London tidak seperti bandaraya lain di Eropah. Penghuninya sangat ketara terdiri dari pelbagai bangsa. Masyarakatnya juga lebih agresif dan agak selfish.
Suatu ketika ketika kehilangan arah saya cuba bertanya kepada seorang lelaki.
"Tuan, mana arah untuk ke Jalan Kensington?"
"Saya tidak tahu" katanya tanpa berhenti atau menoleh kepada saya.
Mungkin dia bukan seorang British yang baik , bisik hati saya. Tetapi bila saya cuba mendekati orang lain, layanan sama yang saya dapat. Manusia London sibuk menguruskan diri sendiri. Sesiapa yang mahu hidup, berusaha lah tanpa bantuan sapa sapa.
Akhirnya saya beli sekeping peta dan mencari arah sendiri. Mujor lah cuaca sejuk itu tidak meletihkan.
Kota London bukan untuk orang orang kampung macam saya. Kalau mahu tinggal disini saya harus jadi seperti Beckam dalam permainan bolasepak. Jika tidak, arus akan menghayutkan saya disepanjang aliran Sungai Thames yang masyhur itu.


No comments:

Post a Comment