Keretapi itu pun melintasi sempadan Perancis memasuki Jerman.
Alangkah lapangnya hati saya. Tidak lama kemudian stesen Karlruhe dihampiri. Waktu ketika itu hampir jam satu pagi. Kami hanya ada satu trem terkahir untuk balik ke Eggenstein.
Turun dari keretapi saya dan Jamal berlari lari mendapat trem yang telah sedia hendak bergerak. Nasib baik lagi. Jika tidak terpaksa tidur distesen atau mengambil teksi yang bayarannya sekali ganda.
Akhirnya saya tiba di kampung hampir jam 2.00 pagi. Turun seorang diri pada waktu begitu terasa takut dan risau jugak. Hentian trem di pekan Eggenstein agak jauh dari rumah Maucher tempat tinggal saya itu. Saya berjalan seorang diri menyusur jalan dan celah celah rumah. Suasa sejuk dan tenang saja. Tiada kutu kutu malam merayau rayau sehingga saya tiba di pintu rumah dengan selamat.
Besoknya apabila saya ke pejabat rakan rakan kecoh saya tidak datang bekerja. Saya pun menceritakan kisah pahit manis hujung minggu dalam perjalanan ke Belgium, Luxembourg dan Perancis.
" Nasib baik kamu tidak kena tidor dalam lokap. Kalau tidak jenoh kami hendak pergi jamin kamu"
Mereka menyakat saya.
" Kalau hendak ke Perancis kena lebih berhati hati."
Walaupun begitu saya merasa seronok kerana teruji. Namun apa yang lebih penting saya dapat mempelajari bahawa kesabaran amat perlu dalam semua situasi. Pertolongan Allah tetap akan datang khususnya dalam detik detik genting. Saat kita hampir putus asa, kembali lah kepada Dia. Dan memang pun, kepada siapa lagi yang lebih layak dan mampu selain daripada Dia.
No comments:
Post a Comment