Suatu hari seorang hartawan mengadakan majlis makan malam di villa mewahnya yang lengkap dengan kolam renang 10 kali ganda saiz Olimpik . Beliau menjemput semua rakyat jelata ke majlis tersebut. Setelah semua jemputan berimpun, hartawan itu memulakan ucapannya-
" Tuan-tuan dan puan-puan. Tujuan saya mengadakan majlis ini selain mensyukuri nikmat Allah, saya juga ingin memberi satu dari tiga hadiah yang ditawarkan melalui satu pertandingan renang. Barangsiapa yang menjadi juara dengan terlebih dahulu SELAMAT sampai ditebing sebelah sana, maka ia berhak memilih satu dari tiga tawaran saya ini iaitu :-
1. 100 hektar dusun durian D24
2. Wang Tunai 100 Juta RM.
3. Menjadi menantu saya dengan mengahwini puteri saya ini - sambil itu ia menunjukan seorang gadis jelita mirip-mirip Angelina Jolie."
Mendengar pegumuman itu, ramai lah tetamu naik semangat tidak kira yang remaja, orang muda dan juga orang lama. Masing-masing terus londeh kot , tai, kain samping dan songkok ready nak terjun dalam kolam. Tidak sabar lagi untuk merebut hadiah paling lumayan dan istimewa itu.
Kemudian hartawan itu menyambung:
" Tetapi sebelum itu saya patut beritahu tuan-tuan bahawa dalam kolam ini ada tiga ekor Bujang Senang yang sudah sebulan saya tidak beri mereka makanan "
Sekian ucapan saya dan selamat berjaya.
Mendengar peringatan tersebut semua orang yang bersemangat tadi lemah longlai dan tidak bermaya lansung tak jadi nak bertanding. Masing-masing dok pandang hang aku. Tengok sapa yang gagah berani dan kemaruk.
Tiba-tiba dalam dok pandang hang aku tu, terdengar seseorang terjun dalam kolam itu. Apa lagi , publik yang kebingungan menjadi bertambah bingung. Ada juga hero yang begitu berani. Majlis pun bertukar menjadi sukan renang paling hebat yang lebih hebat dari Olimpik apabila pemuda tersebut dikejar oleh tiga ekor Bujang Senang sehingga ia berjaya dengan selamat sampai di tebing sebelah sana. Dia berjaya! Hadirin memberi tepukan gemuruh dan hartawan tersebut menjemput pemuda tersebut naik ke pentas lalu mengistiharkannya sebagai pemenang yang layak mendapat hadiah. Berkata lah hartawan itu " Hai orang muda, mana satukah antara tiga tawaran aku itu yang engkau mahu, maka aku akan tunaikan janjiku la ni jugak".
Pada firasat kalian, yang manakah pilihan pemuda tersebut? Lee, hang pilih dusun ka? 100 juta pun banyak beb. Jadi menantu pun Ok jugak! Sila undi...
Salam Mat
ReplyDeleteAku pilih nak jadi menantu, untung nasib aku dapat kesemua sekali. Tq
aku tau jawapan dia, walau aku baca tak habis,.,wakakakaaa . jawaban dia ,, dia nak tau sapa tolak dia.. wakakakaaa
ReplyDeletesori,, hehehehehe baru baca sampai perenggan Barangsiapa yang menjadi juara dengan terlebih dahulu SELAMAT sampai ditebing sebelah sana, maka ia berhak memilih satu dari tiga tawaran saya ini iaitu hehehe minta maaf aaa sepoill cerita hang,, hahahah lawakkkk
ReplyDeleteSalam Mat,
ReplyDeleteAku rasa hartawan tu pun tak ikhlas..nak bagi anak dia nak adakan pertandingan..lepas bujang senang pula tu..nak nak bagi mampus org la tu..sihero tu pun nasib baik.. tak d ngap..3 bujang senang sebulan x makan tu.. ingat x dan sampai kut hahahaha
semua jawaban dan pilihan tuan-tuan benar belaka.Kalau 100 orang respon pun saya dah buleh agak. Cuma Madud dapat Bonus kerana dia pernah pergi mana-mana kursus Motivasi seperti kursus usahawan MARA misalnya.
ReplyDeleteanyway the moral of the story is:-
1. Dalam diri kita ada satu kuasa tersimpan yang hanya akan keluar dalam keaadan terdesak - seperti ancaman mati dikejar buaya tu.
2. Adakalanya, lain yang kita target, lain yang kita dapat.
3. Hendaklah ingat kepada orang yang menyebabkan kita berjaya atau mendapat durian runtuh dll walaupun kadangkala orang tersebut tidak berniat membantu pun sebaliknya untuk mengena.
4. Jangan mudah teruja dengan apa-apa tawaran hebat atau luar biasa kerana kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.